Jabatan Pengimejan Diagnostik (JPD) terletak di aras 1 berdekatan dengan Jabatan Kecemasan dan Jabatan Forensik. Jabatan ini mula beroperasi pada Mei 2006 dan diterajui oleh Ketua Jabatan VK7 Jusa Gred C iaitu Dr Pushpaghandy a/p Ramanathan. Jabatan ini juga dikendalikan oleh kakitangan yang bertauliah yang terdiri daripada Pakar Radiologi, Pegawai Perubatan Radiologi, Pegawai Sains Fizik, Juru X-ray, Jururawat Terlatih dan PPK. Pada 23 hb. November, 2007, JPD telah mula menggunakan Radiology Information System (RIS) dan Picture Archiving Communication System (PACS).
Merupakan jabatan yang berfungsi untuk mendiagnos patologi dengan menggunakan pelbagai kaedah diagnosis yang menggunakan sumber daripada Sinar-X, gelombang bunyi dan gelombang tenaga magnet. Sinar-X merupakan sumber utama yang digunakan di jabatan ini dalam mendiagnos penyakit. Sinar-X telah ditemui oleh seorang professor fizik berbangsa Jerman iaitu Wilhelm Conrad Rontgen pada tahun 8 hb. November, 1895 yang mendapati Sinar-X mampu menembusi tisu, pakaian dan logam. Ia mula diperkenalkan di Malaysia pada 3 hb. Februari, 1897.