- Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Ampang?
Bagi kes-kes yang memerlukan rawatan Pakar, kes perlu dirujuk daripada Klinik/Hospital Kerajaan atau Klinik/Hospital Swasta (bayaran lebih tinggi dikenakan bagi rujukan daripada Klinik/Hospital Swasta)
Bagi kes-kes kecemasan, pesakit boleh terus datang ke Jabatan Kecemasan dan Trauma tanpa rujukan.
Kes-kes yang dikategorikan sebagai KECEMASAN adalah seperti berikut :
- mengalami kecederaan yang teruk akibat kemalangan (di jalanraya/di tempat kerja/domestik);
- kecederaan kepala yang mengakibatkan rasa mengantuk/muntah dan pendarahan melalui hidung,
telinga atau mulut;
- tidak sedarkan diri;
- patah atau terkehel tulang;
- sakit dada yang teruk secara tiba-tiba atau tidak dapat bernafas;
- pendarahan yang tidak dapat dikawal;
- tercekik sehingga menghalang pernafasan dan penggunaan ubatan yang berlebihan atau keracunan.
- Adakah waris/penjaga dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad?
Waris/Penjaga WANITA sahaja yang dibenarkan menunggu pesakit di dalam wad iaitu:
- Bagi pesakit kanak-kanak
- Bagi pesakit dewasa yang tenat
- Apakah tindakan yang seharusnya diambil jika pesakit/waris kehilangan harta benda semasa dirawat/berurusan dengan pihak hospital?
Pesakit/waris dinasihatkan untuk melaporkan sebarang kehilangan harta benda kepada pihak Polis dan pihak hospital TIDAK bertanggungjawab ke atas kehilangan tersebut.
- Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang dimasukkan ke dalam wad di Hospital Ampang?
Caj Kemasukan (in-patient) |
|
Warganegara |
KELAS 1 Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM1100 • Kes Perubatan – RM700 • Kes Sakit Puan – RM800 Caj Rawatan • Bayaran – RM10/hari Bayaran Katil • bayaran bagi bilik 4 katil – RM40 /hari • bayaran bagi bilik 2 katil – RM60 /hari • bayaran bagi bilik 1 katil – RM80 /hari
KELAS 2 Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM400 • Kes Perubatan – RM400 • Kes Sakit Puan – RM350 Caj Rawatan • Bayaran – RM5/hari Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM30/hari
KELAS 3 Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM30 • Kes Perubatan – RM20 • Kes Sakit Puan – RM15 Caj Rawatan • Bayaran – Percuma Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM3/hari |
Pemegang Kad UNHCR |
Wang Cagaran • Kes Ortopedik/ Pembedahan – RM600 • Kes Perubatan – RM300 • Kes Sakit Puan – RM600 Caj Rawatan • Bayaran – RM5/hari Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM20/hari |
Bukan Warganegara |
Caj Rawatan • Bayaran – RM10/hari Bayaran Katil • bayaran yang dikenakan – RM40/hari |
Kakitangan Kerajaan & Pesara Kerajaan |
Percuma (sila bawa bersama Surat Jaminan Majikan (GL)/Kad Pesara) |
Sebarang maklumat lanjut berkaitan bayaran bil, sila rujuk Unit Hasil.
- Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Klinik Pakar Hospital Ampang?
Pesakit Luar (Out-Patient)/ Rawatan di Klinik Pakar (Specialist Clinic) |
|
Warganegara |
a. Rujukan Hospital/Klinik Kerajaan Lawatan Pertama – Percuma Setiap Lawatan Susulan – RM5* *termasuk segala siasatan b. Rujukan Pengamal Persendirian Lawatan Pertama – RM30 Setiap Lawatan Susulan – RM5* *tidak termasuk segala siasatan |
Bukan Warganegara |
Rujukan Hospital/Klinik Kerajaan/Pengamal Persendirian (tidak termasuk segala siasatan) Lawatan Pertama & Setiap Lawatan Susulan – RM60 |
Pemegang Kad UNHCR |
Rujukan Hospital/Klinik Kerajaan/Pengamal Persendirian (tidak termasuk segala siasatan) Lawatan Pertama & Setiap Lawatan Susulan – RM30 |
Kakitangan Kerajaan/ Pesara Kerajaan/ Warganegara berumur 60 tahun ke atas |
Percuma (sila bawa bersama Surat Jaminan Majikan (GL)/Kad Pesara/ Kad Pengenalan) |
- Berapakah bayaran yang dikenakan kepada pesakit yang mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Ampang?
Pesakit Luar (Out-Patient)/ Rawatan di Klinik Pakar (Specialist Clinic) |
|
Warganegara |
Bayaran yang dikenakan - RM1.00 /lawatan *termasuk segala siasatan |
Bukan Warganegara |
Bayaran yang dikenakan - RM50.00 /lawatan *tidak termasuk segala siasatan |
Pemegang Kad UNHCR |
Bayaran yang dikenakan - RM25.00 /lawatan *tidak termasuk segala siasatan |
Kakitangan Kerajaan / Pesara Kerajaan / Warganegara berumur 60 tahun ke atas |
PERCUMA Sila bawa bersama :
|
Sebarang maklumat lanjut berkaitan bayaran bil, sila rujuk Unit Hasil.
- Bagaimana cara untuk mendapatkan bayaran balik duit cagaran (refund) ?
Bagi WARGANEGARA, sila bawa bersama:
- Bil caj rawatan hospital
- Kad Pengenalan (asal)
Bagi BUKAN WARGANEGARA, sila bawa bersama:
- Bil caj rawatan hospital
- Pasport/sebarang pengenalan diri (asal)
- Apakah jenis penyakit yang dikecualikan bayaran?
Warganegara Malaysia yang mendapatkan rawatan bagi penyakit berjangkit seperti yang termaktub dalam Akta Fi 1951, Perintah Fi (Perubatan) 1982, [P.U.(A) 359/82], Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) (No.2) 1994, [P.U.(A) 468/94] dan Perintah Fi (Perubatan)(Pindaan) 2003, [P.U.(A) 6/2003] adalah dikecualikan daripada bayaran.
- Apakah peraturan melawat di Hospital Ampang?
- Masa melawat bagi Hospital Ampang adalah seperti berikut:
-
- Hari Bekerja : 12:30pm - 2.00pm dan 4:30pm - 7:00pm
- Hari Minggu dan Cuti Kelepasan Am : 12:30pm - 7:00pm
- Kelonggaran melawat diberi kepada waris pesakit seperti berikut:
-
- Waris pesakit yang baru masuk wad
- Waris pesakit yang tenat
- Waris pesakit yang dipanggil oleh pihak Hospital
iii.Ibubapa/penjaga SAHAJA dibenarkan melawat pesakit di wad ICU.
iv.Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun tidak digalakkan melawat.
- Kanak-Kanak dibawah umur 12 tahun TIDAK DIBENARKAN masuk melawat di tingkat 4.
- Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bekalan ubat susulan tanpa perlu menunggu?
-
- Ubat Melalui Pos (UMP) – Bekalan ubat akan dipos terus ke rumah
- MEDIPIC – Pengambilan bekalan ubat 24jam melalui telefon bagi pesakit yang sukar untuk mengambil ubat pada waktu bekerja/sukar mendapat tempat letak kereta
- Kad Temujanji – Pesakit/wakil perlu datang sendiri ke Farmasi Pesakit Luar pada tarikh yang ditetapkan pada waktu pejabat dan kemukakan kad temujanji kepada Pegawai Farmasi
- Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) – Pesakit dapat mengambil bekalan ubat di Hospital/Klinik Kerajaan yang terdekat
Sila rujuk Jabatan Farmasi untuk keterangan lanjut.
- Bagaimanakah untuk memohon Laporan Perubatan pesakit?
-
- Laporan Perubatan pesakit boleh diperolehi dengan dengan mengisi borang permohonan di Unit Rekod Perubatan Hospital Ampang
- Caj bagi mendapatkan Laporan Perubatan adalah seperti berikut:
CAJ LAPORAN PERUBATAN |
|
Warganegara |
Laporan Perubatan – RM40 Laporan Perubatan Ringkas Pakar – RM80 Laporan Perubatan Terperinci – RM200-RM1000 |
Bukan Warganegara & Pemegang Kad UNHCR |
Untuk caj bayaran, sila rujuk Unit Hasil. |
Nota: Waris terdekat perlu mengemukakan bukti seperti surat nikah, surat beranak dan surat mati sebelum dibenarkan memohon Laporan Perubatan Pesakit. |
- Apakah syarat-syarat memohon kemudahan Balai Pelawat di Hospital Ampang ?
-
- Permohonan hendaklah dibuat melalui doktor yang merawat pesakit.
- Memohon melalui Unit Kerja Sosial Perubatan.
- Tiada bayaran dikenakan