Makluman Laluan Masuk dan Keluar Hospital Ampang sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan
Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 18 Mac 2020 sehingga 31 Mac 2020, Hospital Ampang telah meghadkan pintu laluan masuk/keluar kepada 3 laluan sahaja iaitu:
1. Lobi utama
2. Pintu sebelah Kafeteria
3. Pintu sebelah Jabatan Kecemasan/PAC
Setiap pelawat akan disaring suhu dan diarahkan menggunakan hand sanitizer di setiap pintu masuk tersebut. Kerjasama dan kesabaran anda amat dihargai.
Terima Kasih
Pengurusan Hospital