Pengenalan
Unit Sumber Manusia merupakan salah satu cabang Bahagian Pengurusan Hospital yang bertanggungjawab menguruskan urusan perkhidmatan seseorang kakitangan mulai daripada lantikan sehingga persaraan atau meninggalkan perkhidmatan awam.Unit ini beroperasi dengan jumlah anggota seperti berikut:
Bil. | Jawatan | Bilangan |
1. | Pegawai Tadbir Dan Diplomatik GredM41/44 | 1 |
2. | Penolong Pegawai Tadbir Kanan GredN32 | 1 |
3. | Penolong Pegawai Tadbir GredN27 | 1 |
4. | Pembantu Tadbir Kanan GredN22 | 1 |
5. | Pembantu Tadbir (Sumber Manusia)N17 | 12 |
6. | Pembantu Tadbir (Latihan)N17 | 2 |
7. | Pembantu Am Pejabat (PAP)N1 | 2 |
Jumlah Anggota Unit Sumber Manusia |
20 |
Visi
Mengurus perkhidmatan kakitangan Hospital Ampang dengan mesra dan cemerlang
Misi
Memberi layanan yang cepat dan memuaskan kepada kakitangan Hospital Ampang. Berusaha memproses urusan perkhidmatan dalam tempoh yang ditetapkan.
Objektif
Memastikan pengurusan perkhidmatan kakitangan diuruskan dengan jayanya dan mematuhi segala arahan, Pekeliling-pekeliling Kerajaan, Pekeliling dan Surat Pekeliling Kementerian Kesihatan Malaysia serta Perintah Am bagi membolehkan sistem pengurusan sumber manusia hospital berjalan dengan lancar.
Skop Perkhidmatan
Secara keseluruhannya, unit ini mempunyai empat (4) bidang utama iaitu perkhidmatan/penjawatan, pengurusan prestasi, latihan dan tatatertib. Berikut adalah skop perkhidmatan Unit Sumber Manusia iaitu :
1. Perkhidmatan
- Pengesahan Lantikan
- Pengesahan Dalam Perkhidmatan
- Pemberian Taraf Berpencen
- Pelanjutan Tempoh Percubaan
- Kenaikan Pangkat / Pemangkuan
- Penanggungan Kerja
- Pertukaran Dan Penempatan
- Cuti
- Tambang Percuma Mengunjungi Wilayah Asal
- Lawatan Keluar Negara
- Pengwartaan Pakar
- Pendaftaran Penuh (Pegawai Perubatan Latihan Siswazah)
- Urusan Sijil Perakuan Amalan Tahunan
- ABM
- HRMIS
- Laporan Bulanan Penjawatan
- Perletakan Jawatan
- Persaraan
2. Latihan
- Latihan Dalam Perkhidmatan
- Orientasi
3. Pengurusan Prestasi
- LNPT
- APC
- PPC
4. Tatatertib
Unit Sumber Manusia juga merupakan sekretariat bagi beberapa mesyuarat utama seperti berikut:
- Mesyuarat Jawatankuasa Latihan Pegawai Perubatan Siswazah
- Mesyuarat Jawatankuasa Latihan/CPD
- Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ)
- Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM), Hospital Ampang
- Mesyuarat Lembaga Tatatertib
- Mesyuarat Penyelarasan Bersama IPTA & IPTS