Pengenalan
Perpustakaan Hospital Ampang merupakan perpustakaan perubatan daripada 87 buah perpustakaan/ institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkhidmatan perpustakaan Hospital Ampang mula dibuka pada 1 Disember 2006. Unit ini diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perpustakaan Gred S27 dan dibantu oleh seorang Pembantu Perpustakaan Gred S17.
Fungsi utama unit ini adalah menyediakan perkhidmatan sumber maklumat yang terkini dan komprehensif dalam bidang perubatan klinikal, separa klinikal, sokongan klinikal, penjagaan kesihatan, perawatan dan penyelidikan bagi menyokong pembelajaran berterusan semua warga kerja hospital.
Selain daripada itu, Unit Perpustakaan Hospital Ampang juga memberikan perkhidmatan dalam bentuk carian maklumat, penyebaran maklumat terpilih, sirkulasi rujukan serta pinjaman antara perpustakaan.
Menjadi sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan kakitangan Hospital Ampang yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.
Misi
Membantu organisasi dalam mewujudkan budaya ilmu dan maklumat kepada pengguna melalui pembacaan, pendedahan, kemahiran kepada penggunaan bahan dan pencarian maklumat dengan mengadakan persekitaran yang selesa dan mesra.
Objektif
- Menjadi pusat sumber maklumat yang cemerlang kepada pengguna bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, penyelidikan, latihan pendidikan dan pembelajaran berterusan.
- Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti, lengkap, sistematik dan terkini.
- Menyokong semua program pembelajaran, pengajaran, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyedia dan memaksimumkan pelbagai jenis bahan perpustakaan dan kemudahan teknologi maklumat.
Skop Perkhidmatan
- Pendaftaran Keahlian baru
- Perkhidmatan Rujukan dan Perujukan termasuklah pertanyaan rujukan yang diterima melalui panggilan telefon dan emel rasmi jabatan.
- Perkhidmatan Sirkulasi yang merangkumi perkhidmatan peminjaman, pemulangan dan pembaharuan bahan perpustakaan. Bahan monograf sahaja yang dibuka untuk pinjaman, manakala bahan terbitan bersiri seperti majalah dan jurnal hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan.
- Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan (SPP) yang membolehkan pemohon memohon bahan dari koleksi institusi lain yang menjadi ahli SPP. Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bertindak sebagai Pusat Penyelaras SPP.
- Hebahan di papan kenyataan maklumat terkini mengenai berita perubatan dan kesihatan yang dikeluarkan dari media massa.
- Menyediakan folder keratan akhbar mengenai aritkel perubatan dan kesihatan yang diperolehi dari empat surat khabar utama iaitu Berita Harian, Utusan Malaysia, New Straits Times dan The Star.
- Perkhidmatan Internet di mana pengguna boleh mengakses maklumat di dalam bilik komputer yang disediakan dalam masa satu jam.