Pengenalan
Unit Keselamatan merupakan Unit Kecil di bawah Unit Pentadbiran Hospital Ampang. Tugas utama Unit ini ialah memberi khidmat nasihat keselamatan perlindungan kepada Kerajaan Negeri, Kementerian, Jabatan dan agensi kerajaan dengan tujuan untuk membantu mengekalkan tahap keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan personel di semua agensi kerajaan yang ditetapkan oleh kerajaan dari semasa ke semasa bagi melindungi terhadap espionaj dan sabotaj serta daripada kebocoran maklumat tanpa kebenaran daripada semua Jabatan dan agensi Kerajaan.
No. Telefon Untuk Dihubungi:
- Unit Keselamatan, Hospital Ampang: 03-4289 6592
- Kaunter Keselamatan (Lobi Utama) : 03-4289 6570
Carta Organisasi Unit Keselamatan
Visi
Memastikan keselamatan perlindungan terjamin sepanjang masa bagi mengelakkan pelanggaran keselamatan dengan memberi khidmat nasihat berkaitan sistem Kawalan Keselamatan Perlindungan dan Pengurusan Rahsia Rasmi Kerajaan berpandukan kepada peruntukan- peruntukan dalam Akta- akta berkaitan, Arahan Keselamatan, Arahan Tetap Sasaran Penting dan Surat- surat Pekeliling yang berkuatkuasa bagi dipatuhi, diambil tindakan pencegahan, pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan.
Fungsi Utama Dan Skop Perkhidmatan
- Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan dalam memberikan khidmat nasihat bagi memastikan kesempurnaan tugas keselamatan perlindungan;
- Bertanggungjawab kepada Ketua Jabatan dan Pegawai Keselamatan Jabatan dalam melaksanakan dan memastikan kesempurnaan tugasan operasi yang ditetapkan;
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan fizikal yang merangkumi;
i. Akridetasi;
ii. Kawalan kunci;
iii. Kawalan akses;
iv. Sistem keselamatan;
v. Kelengkapan fizikal; dan
vi. Kelengkapan Pengawal Keselamatan.
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan, keselamatan dokumen, maklumat dan bahan;
i. Pengelasan;
ii. Pengelasan semula;
iii. Penyimpanan;
iv. Pemeringkatan;
v. Pelupusan; dan
vi. Pengurusan fail.
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan peribadi yang merangkumi;
i. Perlantikan Pegawai Keselamatan Jabatan dan Penolong Pegawai Keselamatan Jabatan;
ii. Perlantikan Pegawai Pengelas di bawah Seksyen 2B, Akta Rahsia Rasmi 1972;
iii. Mengenalpasti pemegang Jawatan Keselamatan Berjadual;
iv. Perakuan Akta Rahsia Rasmi 1972 (sedang berkhidmat dan meninggalkan perkhidmatan);
v. Tapisan keselamatan;
vi. Pemeriksaan penyalahgunaan dadah; dan
vii. Kempen kesedaran keselamatan.
- Menasihat, membantu, memeriksa dan menyelaras semua aspek pengurusan dan kawalan keselamatan perlindungan ICT;
i. Keselamatan pusat data;
ii. Keselamatan fizikal dan persekitaran asset komputer; dan
iii. Kawalan akses pembekal ICT.
- Memastikan kelancaran pengurusan operasi dan tugasan pengawal keselamatan;
- Membantu menyedia, melaksanakan dan memastikan bagi memastikan bagi menjamin keberkesanan Pelan Kontegensi Keselamatan