Pengenalan
Unit Terapi Carakerja adalah di antara dua unit di bawah Jabatan Rehabilitasi, Hospital Ampang. Unit ini terletak di Aras 1 bersebelahan dengan Klinik Pakar. Unit ini diketuai oleh Jurupulih Perubatan Carakerja U32, dan dibantu oleh 3 orang Jurupulih Perubatan Carakerja U29 serta 2 orang Pembantu Perawatan Kesihatan. Unit ini beroperasi pada waktu pejabat sahaja iaitu dari pukul 7.30 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.