Pengenalan
Demi merealisasikan hasrat Kerajaan dalam menjayakan Gagasan 1 Malaysia yang bertemakan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”, para Pegawai Perhubungan Awam dari Jabatan Penerangan Malaysia telah ditempatkan di hospital-hospital Kerajaan dalam memastikan perawatan kesihatan yang diterima oleh rakyat adalah yang terbaik.
Selaras dengan hasrat itu, Unit Perhubungan Awam Hospital Ampang telah memulakan operasi pada 1 Mac 2010 dengan dua orang Pegawai Perhubungan Awam dari Jabatan Penerangan Malaysia. Unit yang terletak di Aras 2 ini menjalankan aktiviti-aktiviti berkaitan perhubungan awam, menyelaras aduan serta maklumbalas pelanggan, menyelaras lawatan dari dalam dan luar Negara serta mewujudkan hubungan yang baik di antara hospital, orang awam dan pihak media.