Pengenalan
Unit ini merupakan satu unit yang penting dalam perkhidmatan pengurusan hospital. Diketuai seorang Penolong Pegawai Perubatan Gred U36. Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab terhadap pengurusan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan di Hospital Ampang. Unit ini akan membuat penempatan dan menyelaras perjawatan juga mengadakan aktiviti perkhidmatan dibawah jagaannya.
Visi
Menjana sebuah pasukan sokongan di bawah jagaan yang cekap berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberikan kepada pesakit secara berterusan.
Misi
Menyediakan perkhidmatan penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap dan mantap kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi secara profesional dan efektif memenuhi keperluan komuniti.
Objektif
- Memastikan perkhidmatan yang diberikan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara profesional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
- Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
- Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota dibawah jagaan.
Skop Perkhidmatan
- Menguruskan penempatan Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Menyelaras Penempatan Wajip Penolong Pegawai Perubatan (PPW)
- Pengurusan dan pembangunan personal Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
- Memastikan dan menyelaras aktiviti-aktiviti perkhidmatan dan rawatan pesakit yang dijalankan oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mencapai mutu juga menepati polisi dan ‘standard’ yang ditetapkan.
- Mengurus dan melaksanakan program latihan dan pembangunan profesional berterusan untuk semua anggota bagi meningkatkan pengetahuan dalam tugas harian.
- Kawal selia Penolong Pegawai Perubatan agar sentiasa mematuhi etika Penolong Pegawai Perubatan semasa menjalankan tugas harian.
- Memastikan prosedur-prosedur yang dilakukan oleh Pembantu Perawatan Kesihatan mengikut latihan tahap kecekapan yang telah dihadiri.
- Membantu dan memantau perkhidmatan keselamatan bagi memastikan hospital menjadi satu kawasan yang tenteram dan selamat kepada kakitangan, pesakit dan pelawat.
- Merancang dan menjalankan aktiviti pencegahan dan pengawalan kebakaran hospital.
- Menyelia perkhidmatan ambulan.
- Membantu dan menyelaras aktiviti perkhidmatan dan pengurusan peringkat Hospital Ampang.