Pengenalan
Profesion kerja sosial menjadi penting dengan wujudnya pelbagai permasalahan sosial masa kini. Kerjaya ini bermula pada tahun 1950an-1970an dan ketika itu individu yang menjalankan tugas kerja sosial lebih dikenali sebagai Almoner. Kerjaya di bidang ini berkembang dengan pesat di seluruh Malaysia dan pada tahun 2003 terdapat 120 Pegawai Kerja Sosial Perubatan yang bertugas di hospital-hospital kerajaan seluruh Negara.
Jabatan Kerja Sosial Perubatan merupakan jabatan sokongan klinikal. Pegawai Kerja Sosial Perubatan bersama dengan pegawai-pegawai klinikal serta kakitangan sokongan memainkan peranan dalam penjagaan kesihatan yang menyeluruh merangkumi aspek fizikal, mental dan sosial. Secara tidak langsung ini membantu Kementerian Kesihatan Malaysia mencapai wawasan kesihatan.