Pengenalan
Unit Psikologi Kaunseling (UPsK) yang telah ditubuhkan di Hospital Ampang ini berada di bawah Perkhidmatan Sokongan Klinikal Bahagian Perubatan. Ini bermakna unit ini adalah di bawah naungan Pengarah Hospital dan dipantau oleh Timbalan Pengarah Hospital Bahagian Perubatan.
Unit ini dinamakan Unit Psikologi Kaunseling kerana dalam melaksanakan perkhidmatan kaunseling, kaunselor/ Pegawai Psikologi menggunakan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional.
Terletak diaras 2, bersebelahan dengan Unit Penyeliaan Kejururawatan dan Unit Pendidikan Kesihatan, Hospital Ampang. Berikut adalah pegawai yang bertugas di Unit Kaunseling Hospital Ampang.
Bil |
Nama |
Jawatan |
No. tel/samb |
1 |
Encik Hairulnizam bin Abdullah |
Pegawai Psikologi S41 |
6227 |
2 |
Puan Amy Ho |
Pegawai Psikologi S41 |
6227 |
3 |
En. Norazuan Nordin |
Pembantu Perawatan Kesihatan U3 (Gunasama Unit Pendidikan Kesihatan) |
6229 |
Objektif Unit Psikologi Kaunseling
- Meningkatkan kestabilan emosi, mental & spiritual klien yang memerlukan melalui perkhidmatan intervensi yang diberikan.
- Meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan kesihatan mental, emosi & spiritual dalam mengharungi hidup yang sihat.
- Membantu untuk meningkatkan kebolehan ke arah perubahan tingkah laku yang lebih berkesan.
- Menggalakkan celik akal dikalangan klien bagi membuat pilihan dan keputusan yang efisien dan berkesan dalam penyelesaian konflik dan isu yang menganggu kehidupan.
Fungsi Utama Unit Psikologi Kaunseling
- Melaksanakan program-program pembangunan modal insan bagi Unit sendiri dan usahasama dengan Jabatan dan Unit lain dalam Hospital bagi keperluan latihan dan memperkasakan modal insan dikalangan penjawat awam di hospital.
- Menjalani sesi Klinik Kaunseling / Intervensi ke atas klien/pesakit yang dirujuk / sukarela (walk in – bagi staff hospital ) bagi membantu penyelesaian isu & konflik yang dihadapi.
Skop Perkhidmatan Psikologi Kaunseling di Hospital Ampang
Skop utama adalah memberi tumpuan pada penyediaan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling kepada pelanggan (pesakit dalam/luar) dan kakitangan Hospital Ampang. Perkhidmatan yang diberikan adalah bertujuan untuk membantu klien dalam aspek individu dan keluarga dalam mencapai tranformasi yang holistik dalam diri dan persekitaran dalam meningkatkan pemahaman semasa menghadapi konflik dan isu-isu berkaitan. Perkhidmatan yang diberi adalah dibuat melalui pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan kaedah pembangunan yang berpotensi. Perkhidmatan yang diberi adalah sejajar dengan perkembangan perubatan di negara ini disamping menjadi pelengkap dan sokongan perkhidmatan kesihatan di Malaysia.
Rasional Perkhidmatan Kaunseling
- Kewujudan Ketegangan dan ketidakpuasan ditempat kerja.
- Ketidakseimbangan emosi.
- Kebimbangan tentang kemahiran dan kemampuan.
- Perbezaan individu yang bertentangan dengan imej korporat.
- Konflik peranan dengan cara gaya pentadbiran pengurus.
- Perbezaan di antara keperluan personel dengan polisi jabatan.
- Prestasi kerja yang tidak memuaskan dan tabiat kerja yang tidak baik.
- Masalah peribadi dan keluarga.
- Kebosanan kerja dan kekurangan pergerakan kerjaya.
- Keperluan pertolongan untuk mengembangkan sesuatu tingkah laku.
- Keperluan sokongan dalam menghadapi krisis semasa.
Pekhidmatan Kaunseling yang disediakan.
1) Kaunseling Individu
- Kaunseling untuk golongan kanak-kanak, remaja, dewasa dan warga emas
2) Kaunseling Perkahwinanan
- Kaunseling melibatkan Kaunselor/Pegawai Psikologi dengan suami dan isteri
3) Kaunseling Keluarga
- Kaunseling yang melibatkan ahli keluarga dalam memahami konflik dan isu yang timbul didalam institusi keluarga.
4) Kaunseling Kelompok
- Kaunseling yang mana melibatkan lebih dari seorang klien dalam mengenalpasti dan berkongsi masalah dan konflik
- Ahli kelompok kaunseling akan membantu antara satu sama lain dalam penyelesaian masalah dan isu.
5) Kaunseling kerjaya
- Meningkatkan pemahaman berkaitan pembangunan kerjaya dan peningkatan kendiri
6) Intervensi Krisis
- Ia merupakan penglibatan awal Klien & Pegawai Psikologi berkaitan krisis individu.
7) Ujian / Inventori Psikologi /Personaliti
- Penilaian dan penerokaan tentang diri, perkembangan dan potensi diri.
Waktu Operasi:
Isnin hingga Jumaat : 8pagi hingga 5 petang
Alamat : Unit Psikologi Kaunseling
Aras 2 Hospital Ampang
Selangor Darul Ehsan
Phone :03- 4289600 EXT 6227
Fax : 03-42954666
Piagam Pelanggan
- Sesi Intervensi dijalankan dalam masa 30 minit hingga 60 minit
- Norma perkhidmatan 30 minit = 1 sesi kaunseling.
- Kerahsiaan adalah keutamaan sesi intervensi/kaunseling
- Menyediakan dan memberikan perkhidmatan kaunseling ecara professional mengikut Piawaian Amalan Kaunseling, Jabatan Perkhidmatan Awam.
- Setiap rujukan baru (pesakit luar) diberi temujanji sekurang-kurangnya 2 hari bekerja dari tarikh rujukan.
- Setiap rujukan baru (pesakit wad) diberi temujanji sekurang-kurangya 2 hari bekerja daripada tarikh rujukan.
- Setiap rujukan baru dan pemohonan bagi sesi kaunseling di kalangan kakitangan Hospital akan diberi temujanji dalam masa tidak lebih 7 hari bekerja dari tarikh rujukan & pemohonan.
Prosedur Penerimaan Kes & Operasi Perkhidmatan Kaunseling
- Pesakit yang dirujuk perlulah menggunakan borang rujukan seperti berikut:
a)Borang rujukan khidmat Kaunseling HA- AM-KAUNS-02 (Staff)
b)Borang rujukan khidmatHA- AM-KAUNS-01 ( Pesakit)
- Borang rujukan dan borang permohonan boleh diperolehi dari Pejabat Unit Psikologi Kaunseling, Kaunter perkhidmatan diklinik pakar dan wad-wad, kaunter unit-unit dan Jabatan, dan Pejabat Pentadbiran/ Website Hospital. Borang rujukan hendaklah ditandatangani oleh doktor/ pegawai yang merujuk.
- Hari Klinik Kaunseling adalah pada hari Isnin – Jumaat
- Isnin – Khamis : 8.30 pagi – 4.30 petang
- Jumaat : 8.30 pagi – 12.30 tengahari / 3.30 petang – 4.30 petang
Kewajipan Pelanggan
- Setiap klien/pesakit yang tidak hadir untuk temujanji susulan berturut-turut selama 6 bulan dikehendaki mendapatkan surat rujukan baru.
- Pegawai Psikologi boleh mendapatkan maklumat tambahan tentang klien/pesakit dari keluiarga terdekat apabila perlu.
- Klien/pelanggan perlu memaklumkan Pegawai Psikologi sekiranya tidak dapat hadir sesi temujanji susulan sekurang-kurangnya 2 hari sebelum tarikh temujanji.
- Klien perlu datang 10 minit lebih awal daripada masa temujanji susulan yang telah ditetapkan.