Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) adalah salah satu dari perkhidmatan sokongan perubatan yang terdapat di Hospital Ampang. Ia terletak di blok utama di mana bahagian pentadbiran jabatan berada di aras 2 dan bahagian operasi penyediaan makanan terletak di aras 1.
CARTA ORGANISASI JABATAN DIETETIK DAN SAJIAN
VISI
Memberikan perkhidmatan dietetik klinikal dan katering yang cemerlang, berkesan dan mengutamakan pelanggan selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia.
MISI
Perkhidmatan Dietetik
- iMembantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan Medical Nutrition Therapy (MNT) dan promosi kesihatan berdasarkan amalan evidenced-based di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
- Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.
Perkhidmatan Sajian
- Merancang dan menyediakan makanan yang memenuhi keperluan nutrien pesakit melalui penggunaan teknologi semasa yang bersesuaian.
- Mematuhi tatacara proses katering serta prinsip kebersihan dan keselamatan makanan.
- Melaksanakan sistem pengurusan berdasarkan polisi, pekeliling dan arahan yang ditetapkan.
Objektif Umum
Untuk memastikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal serta promosi kesihatan dilaksanakan secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.
Objektif Khusus
i) Memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan wad bagi kelas satu, dua, tiga dan wad kanak-kanak termasuk pesakit di pusat rawatan harian dan hemodialisis.
ii) Memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk doktor bertugas atas panggilan, mengikut kelayakan.
iii) Memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam, mengikut kelayakan.
iv) Memastikan khidmat medical nutrition therapy bagi oral diet serta nutrition support diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
v) Memberi latihan praktikal katering dan dietetik kepada pelatih dari institusi Pendidikan Tinggi.
vi) Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.
Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) diwujudkan dengan objektif memberi perkhidmatan dietetik klinikal dan sajian secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.
i) Perkhidmatan Dietetik Klinikal
Perkhidmatan dietetik klinikal diberikan kepada pesakit dalam wad dan pesakit luar yang dirujuk oleh Pegawai Perubatan. Sesi pesakit dalam wad disediakan pada setiap hari bekerja. Jadual untuk perkhidmatan pesakit dalam adalah seperti berikut :
Jadual 1 : Perkhidmatan dietetik klinikal untuk pesakit dalam
Perkhidmatan pesakit luar meliputi perkhidmatan kaunseling pemakanan secara individu di Klinik Dietetik, Klinik Pakar Aras 1 dan kaunseling berkumpulan. Jadual untuk sesi klinik berkenaan adalah seperti berikut:
Jadual 2 : Perkhidmatan dietetik klinikal untuk pesakit luar
ii) Perkhidmatan Sajian
Perkhidmatan sajian makanan Hospital Ampang dijalankan oleh syarikat Besta Corporation Sdn. Bhd. secara outsource, maka peranan utama pihak JDS adalah untuk memantau kualiti perkhidmatan sajian makanan yang disediakan oleh syarikat tersebut supaya mematuhi spesifikasi perjanjian dalam kontrak. Proses pemantauan bermula daripada pesanan, penerimaan, penyimpan, pra-penyediaan & memasak, penghidangan di tray-line dan seterusnya penghidangan di wad. Pemantauan dilakukan oleh Penolong Pegawai Penyediaan Makanan.
Pemantauan Semasa Di Tray-Line
Pihak JDS juga membekalkan catuan bekalan malam dan bekalan makanan kering kepada jabatan terlibat, serta membekalkan produk pemakanan enteral dan set tiub pemakanan enteral kepada pesakit di dalam wad seperti yang ditetapkan oleh Pegawai Dietetik.
Proses Pengurusan Bekalan Makanan Kering
Gambar Aktiviti Jabatan Dietetik dan Sajian
Sesi kaunseling pemakanan sempena Program Hari Bersama Pelanggan Hospital Ampang, 5 Oktober 2012
Kursus Nutrition Support Theraphy Practices, 1 November 2012
Jamuan Raya Jabatan, 6 September 2012
Sambutan Hari Raya Peringkat Hospital Ampang, 13 September 2012