Pengenalan
Jabatan Kecemasan dan Trauma terletak di aras satu, berhadapan pintu masuk pagar C menghadap ke sebelah utara bangunan utama Hospital Ampang. Bersebelahannya ialah Dewan Bersalin dan Jabatan Pengimejan.
Selepas kebenaran memasuki Jabatan Kecemasan pada 5 Disember 2005 dan penyerahan kunci jabatan diterima oleh Penyelia Penolong Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan pada 2 Januari 2006 yang bertindak sebagai Ketua Jabatan, sejak itu sistem pentadbiran dan perlaksanaan mula beroperasi bagi melaksanakan tanggungjawab dengan teratur, cepat dan berkesan untuk mencapai matlamat bagi memulakan perkhidmatan perawatan kecemasan.
Bermula bulan April 2006, jabatan ini telah bersedia menerima kes kecemasan dan mula beroperasi secara rasmi pada 1 September 2006 di mana pintu masuk utama pagar C dibuka untuk umum.