Pengenalan
Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental di Hospital Ampang telah wujud pada hujung tahun 2009. Ia diketuai oleh seorang pakar perunding kanan psikiatri, dan pada masa kini mempunyai seorang pegawai perubatan, seorang jururawat terlatih dan seorang pembantu perawatan kesihatan.
Perkhidmatan utama yang diberi pada masa ini adalah perkhidmatan psikiatri pesakit luar. Oleh kerana kekurangan ruang klinik, perkhidmatan klinik psikiatri diadakan pada dua hari seminggu, iatu pada hari Selasa dan Jumaat pagi. Klinik tersebut bertempat di Aras 1 Klinik Pakar. Pertemuan adalah mengikut temujanji, dan surat rujukan diperlukan untuk kes-kes baru.
Pada masa kini, Jabatan ini belum mempunyai wadnya tersendiri. Kebanyakan pesakit dalam wad merupakan kes rujukan daripada disiplin lain.