Pengenalan
Kepakaran Haematologi di Hospital Ampang telah beroperasi sepenuhnya dan menjadi Pusat Rujukan Nasional oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Jabatan Hematologi diketuai oleh Dr. Jameela Sathar dan dibantu oleh Pakar-Pakar Haematologi. Kepakaran Hematologi yang pada asalnya terletak di Hospital Kuala Lumpur telah dipindahkan ke Hospital Ampang pada 13 November 2006 dan menjadi pusat rujukan bagi semua hospital Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kes-kes sub-kepakaran Hematologi. Ianya juga addalah peneraju dalam penyelidikan bagi pelbagai penyakit dan rawatan Hematologi paa peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Jabatan Hematologi terdiri daripada 2 komponen iaitu Komponen Klinikal dan Komponen Makmal Khas (specialisedlaboratory) - Makmal Rujukan Klinikal Hematologi (MRKH). MRKH terdiri daripada 7 unit makmal yang menyediakan pelbagai ujian Hematologi iaitu:
- Unit Morfologi
- Unit Sitogenetik
- Unit BMT
- Unit Molecular
- Unit FlowCytometry
- Unit Sel Darah Merah dan Koagulasi
- Unit Hematopatologi
Sehingga kini, pelbagai perkhidmatan telah disediakan oleh Jabatan Hematologi termasuk lawatan pakar perunding Hematologi ke hospital lain yang tiada sub kepakaran Hematologi seperti Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu dan Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Buku rujukan Makmal Rujukan Klinikal Hematologi, KLIK DI SINI