Pengenalan
Jabatan Bedah Mulut Hospital Ampang yang terletak di aras 2 blok utama Hospital Ampang telah mula beroperasi pada September 2006.
Jabatan Bedah Mulut menceburkan diri dalam menyediakan perkidmatan berkualiti berkenaan bidang Pembedahan Oral Maksilofasial kepada pesakit yang dirujuk daripada klinik pergigian atau klinik kesihatan berdekatan, hospital hospital lainl atau daripada mana-mana unit hospital ini.
Visi
Menjadi jabatan yang cemerlang, cekap dan mesra pelanggan dalam pemberian perkhidmatan oral dan maksilofasial serta menjalankan penyelidikan yang berkualiti.
Misi
Untuk meningkatkan kualiti kehidupan pelanggan melalui penggalakkan kesihatan mulut dan pemberian perkihdmatan oral dan maksilofasial yang bersesuaian, bertetapan masa dan komprehensif oleh personel yang terlatih dengan profesionalisma, penyayang dan semangat kerja yang tinggi.
Objektif Jabatan
- Untuk memberi perkhidmatan oral maksilofasial yang berkualiti, bersesuaian, bertepatan masa serat komprehensif kepada pelanggan unutk membantu mereka mencapai tahap kesihatan mulut yang optimum.
- Untuk memastikan persekitaran kerja yang mengamalkan nilai-nilai Budaya Korporat, iaitu semangat kerja berpasukan, penyayang dan profesionalisma di kalangan semua anggota Jabatan Bedah Mulut.
- Untuk memastikan budaya penyelidikan berterusan diamalkan oleh semua kategori anggota Jabatan Bedah Mulut serta menggalakkan penerbitan di journal-journal.
Perkhidmatan yang disediakan
- Klinik Pakar
- Perkhidmatan Pesakit Luar
- Perkhidmatan Pesakit Dalam
Jabatan Bedah Mulut Hospital Ampang merupakan pusat rujukan untuk penilaian, diagnosis, rawatan dan pemulihan pesakit – pesakit yang memerlukan perhatian pakar untuk masalah-masalah berikut :
- Kecemasan dan trauma pada kawasan maksilofasial
- Infeksi yang melibatkan kawasan maksilofasial
- Kanser di kawasan maksilofasial
- Patologi mulut dan perubatan mulut
- Kecacatan maksilofasial seperti ‘cleft lip’, ‘palate’ dan pembedahan ‘orthognathic’
- Implant pergigian
- Masalah sendi tulang rahang (Temporomandibular joint)
- Rawatan pergigian kepada pesakit dengan masalah perubatan yang tertentu
- Odontologi forensik - Pengenalan mayat / pemeriksaan muka dan mulut mayat untuk mengenalpasti orang yang meninggal, punca/sebab kematian
Jabatan Bedah Mulut juga menyediakan perkhidmatan panggilan selepas waktu pejabat bagi kes-kes kecemasan.
Selain daripada itu, jabatan juga bertanggungjawab sebagai pusat latihan kepada Pakar Pergigian dalam latihan, Pegawai Pergigian tahun pertama, Pegawai pergigian, pembantu pembedahan pergigian dan juruteknik pergigian.
Direktori
Klinik Pakar Bedah Mulut
Aras 2, Hospital Ampang
Talian utama: 03-42896036