Laman Web Rasmi Hospital Ampang


< Kembali | Utama

Latar Belakang

Hospital Ampang dibina di bawah Rancangan Malaysia Ke-7 sebagai Projek Turn Key di atas tanah yang berkeluasan 10 ekar. Ia mula dibuka secara berperingkat pada April 2006.

Hospital Ampang terletak di Taman Pandan Mewah, Ampang, Selangor Darul Ehsan. Lokasinya yang bersempadan dengan Kuala Lumpur memberikan alternatif kepada penduduk-penduduk di sekitar Lembah Klang terutamanya di kawasan Ampang untuk mendapatkan perkhidmatan perubatan. Hospital ini merupakan sebuah Pusat Rujukan Nasional bagi rawatan Hematologi dan menawarkan rawatan tertiari Hematologi dan sekunder perubatan.

Hospital Ampang terdiri daripada:

  • 1 blok Utama 8 tingkat
  • 1 blok Asrama Jururawat 4 tingkat
  • 1 blok Parkir 5 tingkat
  • 3 blok Kuarters Kakitangan

Hospital ini mempunyai 17 wad dengan kapasiti sebanyak 562 katil. Hospital ini juga merupakan antara hospital yang terawal menggunakan Sistem Maklumat Hospital Bersepadu atau Total Hospital Information System (THIS)


< Kembali | Utama | Ke atas