Pengenalan
Jabatan Oftalmologi ini telah dibuka pada 4 Disember 2006, terletak di aras 2, Hospital Ampang berdekatan dengan Jabatan Otorinolaringologi dan Jabatan Bedah Mulut. Anggota kerja di Jabatan Oftalmologi adalah terdiri dari 3 orang Pakar Perubatan, 2 orang Pegawai Perubatan, 4 orang Pegawai Optometri serta dibantu oleh 4 orang kumpulan sokongan.