Pengenalan
Jabatan Perubatan Am diketuai oleh Dr Manohari Balasingam, Pakar Perunding dan Perubatan Am serta bersama 3 Pakar Perubatan, Pegawai-Pegawai Perubatan, Penolong Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih, Jururawat Masyarakat dan Pembantu Perawatan Kesihatan.
Jabatan ini menyediakan rawatan pesakit luar dan pesakit dalam, rawatan pesakit luar yang mengunjungi Jabatan Kecemasan, pemeriksaan dan rawatan kes-kes rujukan, rawatan rehabilitasi, memberikan pendidikan kesihatan dan menyediakan perkhidmatan konsultasi serta menyelaraskan perkhidmatan perubatan.
Jabatan Perubatan Hospital Ampang telah berkembang pesat pada tahun 2008 di mana pelbagai perkhidmatan baru dan juga kursus dapat diperkembangkan perkhidmatannya sejajar dengan kehendak dan situasi terkini. Jabatan Perubatan menyediakan perkhidmatan diagnosa, perawatan
(curative) dan pencegahan (preventive) di mana jabatan ini juga menekankan aspek pendidikan kesihatan pesakit bagi meningkatkan kualiti kesihatan mereka.
Kedudukan Klinik Pakar di aras 2 dan dibuka pada 9 Ogos 2006 manakala kedudukan wad perubatan terletak di aras 6. Terdapat 3 wad utama di mana wad 6B yang dibuka terlebih dahulu pada 1 Ogos 2006
diikuti Wad 6C pada 1 November 2006. Unit CCU mula beroperasi pada 1 Ogos 2006 masih lagi digabungkan dengan ICU di aras 3 yang hanya menempatkan 2 buah katil sahaja.